
اوفيس القرءان
Bina Persekitaran Kerja Berkat dengan
Al-Quran
Program mengaji yang fleksibel untuk staf anda di pejabat atau secara dalam talian.
اوفيس القرءان
Bina Persekitaran Kerja Berkat dengan
Al-Quran
Program mengaji yang fleksibel untuk staf anda di pejabat atau secara dalam talian.
Kelas Mengaji Al-Quran di Pejabat
Kelas Fizikal (on-site)
Ustaz/Ustazah Office Ngaji datang terus ke pejabat.
Jadual fleksibel (waktu rehat tengah hari / selepas waktu kerja).
Kelas Dalam Talian (online)
Staf boleh join melalui Zoom/Google Meet jika bekerja secara remote.
Rakaman kelas boleh disediakan untuk ulangkaji.
Kelas Fizikal
Modul Pembelajaran
- Asas Al-Quran (zero to khatam)
- Asas Tajwid (praktikal mudah)
- Tadabbur Surah Pilihan (motivasi & penghayatan)
- Kelas Hafazan Surah Juzuk 30
Kaedah pengajaran
- Kaedah Easy Ngaji: pantas, moden, sistematik
- Latihan secara talaqqi & pembetulan bacaan individu
- Nota digital dan akses ke EasyNgajiGo (LMS)
Butiran program
Untuk syarikat
Beroperasi di sekitar Ipoh
Durasi
1 jam/sesi
Masa program
Ketika rehat tengahari atau selepas waktu kerja
Kelas Dalam Talian
Modul Pembelajaran
- Asas Al-Quran (zero to khatam)
- Asas Tajwid (praktikal mudah)
- Tadabbur Surah Pilihan (motivasi & penghayatan)
- Kelas Hafazan Surah Juzuk 30
Kaedah pengajaran
- Kaedah Easy Ngaji: pantas, moden, sistematik
- Latihan secara talaqqi & pembetulan bacaan individu
- Nota digital dan akses ke EasyNgajiGo (LMS)
Butiran program
Untuk syarikat
Beroperasi dari seluruh Malaysia
Durasi
1 jam/sesi
Masa
Ketika rehat tengahari atau selepas waktu kerja
Dibina khas untuk persekitaran kerja moden
Apa Kelebihan Office Quran?
Fleksibel ikut jadual
syarikat
Boleh dijalankan waktu rehat tengah hari, selepas kerja, atau secara dalam talian.
Kaedah EasyNgaji yang sistematik
Kaedah pantas & moden, dengan talaqqi, pembetulan bacaan, dan modul digital.
Nilai tambah untuk
syarikat
Setiap sesi menyumbang kepada pembangunan modal insan, sambil mengukuhkan reputasi CSR syarikat.
Akses digital & Learning Management System (LMS)
Rakaman kelas dan LMS EasyNgajiGo untuk ulangkaji dan akses berterusan.
Panduan ringkas kepada perkhidmatan kami
Soalan Lazim
Siapa yang sesuai menyertai Office Quran?
Program ini direka khas untuk syarikat, organisasi, dan jabatan yang mahu menyediakan kelas mengaji kepada staf, sama ada yang baru bermula atau yang ingin memperbaiki bacaan, tajwid, hafazan, dan tadabbur.
Lokasi kelas fizikal meliputi kawasan mana?
Kelas fizikal hanya tersedia untuk syarikat di sekitar Ipoh, Perak. Untuk syarikat di luar kawasan, staf boleh sertai melalui kelas Online/Hybrid.
Bagaimana dengan kelas online/hybrid?
Kelas dijalankan melalui Zoom atau Google Meet. Rakaman kelas boleh diberikan untuk staf yang tidak dapat hadir supaya mereka boleh ulangkaji kemudian.
Adakah sijil penyertaan disediakan?
Ya. Staf akan menerima sijil penyertaan yang boleh direkodkan sebagai HRD internal training syarikat.
Boleh ke program ini dijadikan sebahagian daripada CSR syarikat?
Boleh. Malah, pihak EasyNgaji boleh membantu syarikat mempromosikan program CSR ini di media sosial sebagai sebahagian daripada imej korporat yang positif.
Galeri











Jumlah Pelajar
0
+
Tahun Pengalaman
0
+
Cawangan
0
Tenaga Pengajar
0
+
Satu inisiatif oleh easy ngaji
Tentang Office Quran
Ditubuhkan pada 19 Januari 2025, Office Quran ialah inisiatif oleh Easy Ngaji, sebuah platform pembelajaran Al-Quran moden yang mempunyai pengalaman dalam pendidikan Al-Quran secara fizikal dan digital sejak 2014. Kami memahami cabaran golongan profesional yang sibuk tetapi masih mahu mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Office Quran diwujudkan khas untuk menghubungkan dunia korporat dengan pengajian Al-Quran, melalui pendekatan fleksibel yang sesuai dengan budaya kerja moden. Sama ada di pejabat atau secara online, kami membawa modul pengajian yang sistematik, tenaga pengajar bertauliah, serta kaedah pembelajaran Easy Ngaji yang pantas, moden, dan mesra semua peringkat.
Pakej Perkhidmatan
Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan dan bajet syarikat anda.
Pakej Lite
Lunch Hour Mengaji
RM
800
/bulan
- 4 sesi sebulan (1 jam per sesi)
- Fokus: Asas Al-Quran / Tadabbur ringkas
- Bilangan peserta: 15 orang maksimum
Pakej standard
Quran Circle Office
RM
1,500
/bulan
- 8 sesi sebulan (2 kali seminggu, 1 jam per sesi)
- Modul pilihan: Asas Tajwid + Surah Pilihan
- Disertakan modul digital + nota PDF
- Bilangan peserta: 20 orang maksimum
Pakej Premium
Corporate Ngaji
RM
2,500
/bulan
- 12 sesi sebulan (3 kali seminggu, 1 jam/sesi)
- Modul kombo: Asas Al-Quran + Tajwid + Tadabbur
- Akses penuh ke EasyNgajiGo (LMS + rakaman kelas)
- Penilaian bacaan staf
- Bilangan peserta: 30 orang maksimum)
Pakej Custom / CSR Partnership
Flexible
- Sesi khas ikut budget syarikat (contoh: kem motivasi Qurani, Bengkel Ramadan, Bengkel Solat Sempurna, Program Khas Untuk Wanita)
- Harga fleksibel mengikut modul & tempoh
Sedia untuk membawa Program Mengaji | ke pejabat anda?
Hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami untuk sebut harga & pendaftaran segera.
